Sunday, April 18, 2010

Relevankan Dakwah Islam Di Pub?

wartawan: Nurul Ashikin dan Asmawati (USIM Today)      

       Kes penahanan bekas mufti Perlis yang dikatakan sebagai pendakwah yang tidak bertauliah kerana mengamalkan konsep wahabi dalam penyampaian dakwah tidak berhenti setakat itu sahaja. Malah, baru-baru ini, beliau telah mencadangkan satu idea yang agak kontroversi di kalangan masyarakat Islam iaitu 'dakwah di pub'.

       Dr. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza di dalam blognya, dr.maza.com memilih jalan dakwah ini setelah melihat masalah sosial di kalangan remaja semakin membimbangkan dewasa ini.

       Kawasan pub dan kelab malam yang menjadi tumpuan umum untuk melakukan aktiviti sosial ini menarik perhatiannya untuk mengembangkan dakwahnya di kawasan 'najis' itu. Namun, sejauh manakah penerimaan masyarakat terhadap cadangannya itu?

       Pub atau kelab malam ini bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat Melayu Islam, malah, kawasan santai dan rehat bagi bangsa lain dan pelancong-pelancong dari luar negara. Bukanlah mudah untuk menjalankan dakwah bertepatan dengan konsep dakwah yang digariskan oleh Islam dalam tempat sebegini.

       Menurut beliau, pada waktu inilah artis-artis tanah air perlu memainkan peranan penting dalam menyampaikan nilai-nilai murni terhadap masyarakat khususnya golongan remaja.

       Artis merupakan golongan yang berpengaruh di kalangan masyarakat. Maka, beliau menyarankan kepada artis-artis tanah air untuk menonjolkan kepada masyarakat sesuatu yang boleh membawa kemaslahatan kepada umat Islam khususnya.

       Walaupun begitu, cadangan dakwah ke pub ini ditolak oleh pelakon dan pengarah filem tersohor Malaysia, Ahmad Idham. Beliau berpendapat, dakwah sebegini akan menakutkan pengunjung pub dan kelab malam terhadap agama Islam itu sendiri.

Saturday, April 3, 2010

Tolak 50% kebencian, Tambah 50% kasih sayang!

    

JANGAN BENCI RAKAN ANDA! SAYA MOHON, JANGAN BENCI RAKAN ANDA!

Sebulan pertama, kita rasa dialah orang yang paling memahami kita. Dialah sahabat yang bakal kita layar pahit manis bersama. Dialah segalanya yang mampu bahagiakan kita sepanjang jam kehidupan ini berdetik.

Sebulan pertama, kita meletakkan satu perasaan tidak senang padanya. Kita dengar orang sedang mengatakan sesuatu yang tidak baik tentangnya, dan kita rasakan dialah rakan yang sangat bertentangan dengan kita.

Thursday, April 1, 2010

Aku Beristikharah...

                                                    

                                                      Aku beristikharah Ya Allah,
Kesuburan benih kerinduan itu,
Menitipkan debu-debu suram,
Bila Hati makin hampir,
Mencapai cinta sebelum RedhaMu...

Aku di jurang tandus cahayaMu,
Kelalaian menapis segala rindu,
Pada Dia yang harus dituju,
Menyemarakkan lagu rintihan jiwa,
Yang menanggung gunung kecintaan...