Friday, March 26, 2010

Cinta Mencintai "Ketika Cinta Bertasbih"

Assalamualaikum..


"Lau samah, Enta Indonisien?
"Aiwah! Ana min Kartasuro"
    
           Anda pernah dengar dialog ini dari filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB) kan?Tiba-tiba saya teringat tentang filem KCB yang semakin mendapat tempat di hati ramai peminat novel Ustaz Habiburrahman El-Shirazy. Ternyata filem ini berjaya mengatasi filem adaptasi novel beliau yang sebelumnya iaitu Ayat-Ayat Cinta.


          Ramai yang meminati filem ini walaupun sudah banyak kali diulang tayang dalam laptop masing-masing. Pada awalnya, saya sendiri tidak berminat untuk menonton filem ini kerana khuatir kualitinya sama seperti filem Ayat-Ayat Cinta. Namun, tanpa disedari, Abang Sepupu saya telah memasukkan filem ini dalam laptop saya ketika saya memintanya format kembali laptop saya.

          Sungguhpun begitu, saya tidak terfikir untuk menontonya walaupun sekali. Setelah berabad lamanya (balagah sahaja..hehe..) gatal mata saya untuk melihat bagaimana kehebatan filem ini yang sering diperkatakan oleh kawan-kawan. Hatta tukang cuci lantai di kampus pun bercerita tentangnya! Saya tidak berminat untuk menghurai lebih lanjut tentang filem ini kerana saya bukannya Ajamihashim mahupun pengkritik filem.














          Ternyata filem ini memang hebat. Penyampaian mesejnya jelas dan mudah difahami. Ustaz Habiburrahman lebih menekankan pendidikan Islamiyyah dari cinta. Tapi, inikan filem cinta? Hmm.. Lalu, cinta itu apa pada pandangan Ustaz Habiburrahman?

          Di sini saya telah mendapat pengertian cinta melalui puisi Ustaz habiburrahman yang dibaca oleh Anna Al-Thafunnisa' dalam filem ini. Bait puisi ini dibaca oleh Anna setelah Ayyatul Husna menyampaikan puisi cinta pada orang ramai. Setelah diamati puisi ini, adakah Ustaz Habiburrahman mengagungkan cinta?

          Pada pendapat saya, beliau menganggkat cinta itu sebagai satu fitrah. Namun, beliau datangkan pula bait puisi tentang kesukaran cinta itu andai ianya dititipkan. Bebanan cinta itu amat sukar untuk diketengahkan oleh sesiapa yang merasainya. Sekilas pandang maksud cinta dalam puisi ini seperti menolak cinta. Tapi, Ustaz Habiburrahman meneuteralkan keseimbangan maksud cinta. "Lahirkanlah cinta, tapi perasaan malu itu harus menutupinya. Cinta tidak perlu dilafaz kerana melalui lafaz, keindahan itu hilang"

Sekalipun cinta telah ku huraikan 
dan ku jelaskan panjang lebar, 
Namun jika cinta ku datangi, 
Aku jadi malu pada keteranganku sendiri, 
Meskipun lidahku telah mampu menguraikannya, 
Namun, tanpa lidah cinta ternyata lebih senang, 
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya, 
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta, 
Dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya, 
Bagai keldai berbaring dalam lumpur, 
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan

2 comments:

ShahruL said...

cinta memang diperlukan oleh setiap insan,,,
jagalah cinta dengan sebaiknya,,,
agar tujuan sebenar terlaksana...

NurAsh said...

dan semoga insan-insan yang bercinta menjadikannya sebagai landasan untuk mendapatkan kebahagiaan yang hakiki..bukan nafsu smata2

Post a Comment