Monday, June 7, 2010

SMS jihad dikala isu Palestin bangkit?

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. 

          Saya yakin, pada waktu ini, bukan saya sahaja yang menerima SMS seperti ini ;

"Pemimpin Hizbullah, Syd Hsan Nsrallah minta sume muslim utk mbca surah al Fath ayat 26-27, srah Yunus ayat 85, 86 n 88..malam ini. Tlg sbarkn, agar Israel hancur. Fwd seluruh umt Islam..sdra seagama telah dkpong tngu msa tuk dsmblih. Keadaan amat dhsyat..Tu saja jihad kita.-mntk tlg sgt2 kpd shbt2-sebar sramai mgkn."

          Anda juga pasti telah menerimanya berulang kali. Ketika sensitiviti masyarakat Islam mula tertumpu dengan isu Palestin, kita semua cepat melatah dengan sesuatu perkara dan informasi yang sampai. Asal sebut sahaja perkataan Yahudi, Israel, atau Palestin, mata mula terbeliak, mulut petah berbicara dan telinga rasa panas sentiasa. 

          Ini bukanlah kali pertama saya menerimanya, malah sebelum ini juga saya telah menerimanya beberapa kali dari rakan-rakan beberapa malam berturut-turut. Namun agak berat untuk forward kepada teman-teman saya yang lain. Bukanlah saya tidak menyahut seruan jihad itu, namun, sebelum berjihad, masyarakat kita sendiri dengan lemahnya telah menerima semua informasi-informasi yang sampai kepada kita.

          Belum tentu lagi perkara itu sahih kita telah membuta tuli forwardnya kepada rakan-rakan yang lain. Allah telah berfirman dalam surah (Al-Hujurat 49:6) ;

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik, membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini. Dengan sebab kajahilan kamu (mengenainya) - sehinggakan menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah katakan" 

          Jadi, adakah kita teliti menyelidik informasi tersebut? Saya tertanya-tanya adakah benar kenyataan itu dikeluarkan oleh Syed Hasan Nasrullah? Saya tahu beliau adalah hero terkemukan yang sering dikaitkan dengan kepimpinan Hizbullah dalam peperangan Zionis-Lubnan sebelum ini. Beliau juga adalah ulama' Syiah Lubnan yang terkemuka. Namun, berfikirlah dua, tiga atau kalau boleh 100 kali dengan maklumat-maklumat yang sampai seperti ini. 


          Perkara pertama yang bermain difikiran saya adalah, adakah dengan cara forward mesej-mesej tersebut kita akan  berterima kasih dengan beliau yang berpandangan Syiah ini? Sahabat semua, google lah di internet sekalipun anda tidak rajin menelaah buku tentang prinsip akidah Syiah ini. Jelas sekali menunjukkan bahawa pandangan Syiah ini bertentangan dengan Ahl Sunnah wal Jamaah. 

          Saya khuatir andai ada sesetengah pihak yang cuba mengangkat nama pemimpin mereka dengan cara sebegini. Fahaman Syiah sedang bergerak masuk ke dalam pemikiran masyarakt Islam Malaysia. Adakah anda sedarinya? Peringatan tegas ini pernah diberikan oleh seorang pensyarah universiti saya dalam kuliah maghrib sebelum ini. Saya yakin, ramai yang tidak mengenali Syed Hasan ini. Yang pasti, sebaik sahaja anda terbaca ayat ini "Tu saja jihad kita.-mntk tlg sgt2 kpd shbt2-sebar sramai mgkn." anda terus tidak teragak-agak untuk forward kepada rakan-rakan yang lain. Betapa mudahnya masyarakat kita kan?

          Saya tidak merendahkan Syed Hasan kerana, beliau dikagumi oleh semua masyarakat Muslim Syiah atau bukan Syiah dan non-muslim di Lubnan. Beliau juga tidak pernah mencampur adukkan fahaman syiahnya bila bercakap tentang politik dan perjuangan Palestin. Mungkin hanya terdapat pihak-pihak yang mempergunakan situasi dan medium untuk mengangkat pemimpin mereka ini dimata masyarakat lain.  

          Perkara lain adalah, membaca ayat-ayat tertentu pada malam-malam yang tertentu. Satu lagi ajaran bawaan Syiah agaknya. Saya tidak pasti. Katakan anda menerima mesej itu pada malam Rabu, tapi, kredit anda tidak mencukupi untuk forward mesej tersebut kepada seramai mungkin. Lalu anda forward mesej itu  pada malam esok setelah anda top-up akaun anda. Maka, penerima lain akan menerima mesej itu pada malam Khamis pula. Jadi, macam mana ni? 

          Saya ingin mengajak para sahabat semua renungkan kembali dan berfikir semula tentang perkara ini. Saya bukanlah pemikir hebat dalam perkara ini. Namun saya ingin melahirkan kebimbangan terhadap masyarakat Islam kita yang kadang-kadang dengan mudah mengambil sesuatu maklumat yang diterima. Melalui beberapa pengalaman saya, akhirnya maklumat yang tidak diselidik ini akhirnya hanya membawa padah sahaja. Wallahu a'lam..

Friday, May 21, 2010

Kisah buku di atas bantal

Sebuah buku bertajuk "Cuba Try Cinta: Islam" karya Abban Lo'baw di samping saya, amat menarik pada pembacaan saya. Saya tidak sedar langsung kandungannya sangat berguna dalam memotivasikan diri. Pada topik kedua kandungan buku ini, saya tiba-tiba teringat bagaimana kisah buku ini boleh berada di tangan saya.

Buku di atas bantal

Hari ke-3 pesta konvo, saya dan rakan-rakan  pulang lewat ke kolej. Sekitar jam satu pagi, kami semua dah sampai ke bilik masing-masing. Letih sangat, tak terkata. Selesai solat, saya ingin berbaring. Pada waktu itu saya terlihat sebuah buku berada di atas bantal saya. Pandangan saya beralih ke roomate saya di katil atas. Agak saya, mungkin dia membaca buku di atas katil saya. Saya meletakkan buku tersebut di sebelahnya dan terus tidur. Letih!! Handphone saya yang berbip dari jam 12 a.m. hingga saat nak lelapkan mata, saya abaikan.

Hari esok, adalah hari yang saya tunggu-tunggu selama hampir dua bulan sy menantikan ketibaan buku The Art of War Sun Zu dari seorang kawan yang saya tempah melaluinya. Hari tersebut juga merupakan hari ulang tahun saya. Tarikhnya cukup indah kerana pada saat itu saya telah menghitung-hitung keistimewaan hari tersebut. Selama hampir tiga bulan team kami merencanakan program Pesta Konvokesyen ke-7 USIM (C-Fest'7), saya tidak sabar menantinya.

Kekecewaan dan kekecewaan

Sabtu, 1 Ogos, hari ke-4 C-Fest'7, saya akan menerima buku yang telah lama saya impikan dan pada hari ini, saya akan berjumpa dengan rakan-rakan juga merupakan tetamu istimewa C-Fest'7 yang selama ini saya hubungi di Facebook! Ntah kenapa, seawal pagi Sabtu, demam mula menyerang. Ya, letih menguruskan program universiti yang besar ni. Saya tidak dapat menyambut tetamu-tetamu pertama saya pada awal pagi yang saya jemput khas dari Animator Artworks kerana kurang sihat. Perkara pertama yang undang kecewa saya.
Konsert MISI'09 akan berlansung pada malam ini. Para artis jemputan akan tiba petang itu. Beberapa kali saya yang bertugas sebagai DJ ketika itu menghebahkan akan majlis hebat itu. Saya juga menganggap konsert pada malam itu merupakan sebahagian hadiah hari lahir saya kerana ada sedikit usaha saya dalam konsert itu yang mampu saya banggakan. Berjayanya konsert MISI, maka, itulah hadiah kedua saya.

Thursday, May 20, 2010

Mengemaskini Blog yang Semakin Menyepi :p

Sudah lama tidak mengemaskini blog. Semakin usang dan terpinggir nampaknya. Banyak entri yang hanya ditaip separuh jalan dan tidak di publish. (^_^) Nampaknye, kena buat sesuatu dengan blog ni hari ini.. Ada sesuatu yang ingin penulis kongsikan bersama.

Terima kasih bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. (^_^)

Sunday, April 18, 2010

Relevankan Dakwah Islam Di Pub?

wartawan: Nurul Ashikin dan Asmawati (USIM Today)      

       Kes penahanan bekas mufti Perlis yang dikatakan sebagai pendakwah yang tidak bertauliah kerana mengamalkan konsep wahabi dalam penyampaian dakwah tidak berhenti setakat itu sahaja. Malah, baru-baru ini, beliau telah mencadangkan satu idea yang agak kontroversi di kalangan masyarakat Islam iaitu 'dakwah di pub'.

       Dr. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza di dalam blognya, dr.maza.com memilih jalan dakwah ini setelah melihat masalah sosial di kalangan remaja semakin membimbangkan dewasa ini.

       Kawasan pub dan kelab malam yang menjadi tumpuan umum untuk melakukan aktiviti sosial ini menarik perhatiannya untuk mengembangkan dakwahnya di kawasan 'najis' itu. Namun, sejauh manakah penerimaan masyarakat terhadap cadangannya itu?

       Pub atau kelab malam ini bukan sahaja menjadi tumpuan masyarakat Melayu Islam, malah, kawasan santai dan rehat bagi bangsa lain dan pelancong-pelancong dari luar negara. Bukanlah mudah untuk menjalankan dakwah bertepatan dengan konsep dakwah yang digariskan oleh Islam dalam tempat sebegini.

       Menurut beliau, pada waktu inilah artis-artis tanah air perlu memainkan peranan penting dalam menyampaikan nilai-nilai murni terhadap masyarakat khususnya golongan remaja.

       Artis merupakan golongan yang berpengaruh di kalangan masyarakat. Maka, beliau menyarankan kepada artis-artis tanah air untuk menonjolkan kepada masyarakat sesuatu yang boleh membawa kemaslahatan kepada umat Islam khususnya.

       Walaupun begitu, cadangan dakwah ke pub ini ditolak oleh pelakon dan pengarah filem tersohor Malaysia, Ahmad Idham. Beliau berpendapat, dakwah sebegini akan menakutkan pengunjung pub dan kelab malam terhadap agama Islam itu sendiri.

Saturday, April 3, 2010

Tolak 50% kebencian, Tambah 50% kasih sayang!

    

JANGAN BENCI RAKAN ANDA! SAYA MOHON, JANGAN BENCI RAKAN ANDA!

Sebulan pertama, kita rasa dialah orang yang paling memahami kita. Dialah sahabat yang bakal kita layar pahit manis bersama. Dialah segalanya yang mampu bahagiakan kita sepanjang jam kehidupan ini berdetik.

Sebulan pertama, kita meletakkan satu perasaan tidak senang padanya. Kita dengar orang sedang mengatakan sesuatu yang tidak baik tentangnya, dan kita rasakan dialah rakan yang sangat bertentangan dengan kita.

Thursday, April 1, 2010

Aku Beristikharah...

                                                    

                                                      Aku beristikharah Ya Allah,
Kesuburan benih kerinduan itu,
Menitipkan debu-debu suram,
Bila Hati makin hampir,
Mencapai cinta sebelum RedhaMu...

Aku di jurang tandus cahayaMu,
Kelalaian menapis segala rindu,
Pada Dia yang harus dituju,
Menyemarakkan lagu rintihan jiwa,
Yang menanggung gunung kecintaan...

Tuesday, March 30, 2010

HOW TO KILL YOUR MOTHER-IN-LAW


A long time ago in China , a girl named Li-Li got married & went to live with her husband and mother-in-law. In a very short time, Li-Li found that she couldn't get along with her mother-in-law at all.

Their personalities were very different, and Li-Li was angered by many of her mother-in-law's habits. In addition, she criticized Li-Li constantly.

Days passed, and weeks passed. Li-Li and her mother-in-law never stopped arguing and fighting.

Sunday, March 28, 2010

Football Bukan Sekadar Sepak Bola


          Siapa kata kaum wanita tidak perlu tahu tentang permainan bola sepak? Sekiranya anda berdakwah, inilah stratergi manarik yang boleh anda gunakan. Bukan itu sahaja, sekiranya anda adalah orang yang berkerjaya satu hari nanti, pendekatan ini juga boleh membantu anda dalam mencapai matlamat yang diinginkan. Sila baca perbualan di bawah.

Friday, March 26, 2010

Cinta Mencintai "Ketika Cinta Bertasbih"

Assalamualaikum..


"Lau samah, Enta Indonisien?
"Aiwah! Ana min Kartasuro"
    
           Anda pernah dengar dialog ini dari filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB) kan?Tiba-tiba saya teringat tentang filem KCB yang semakin mendapat tempat di hati ramai peminat novel Ustaz Habiburrahman El-Shirazy. Ternyata filem ini berjaya mengatasi filem adaptasi novel beliau yang sebelumnya iaitu Ayat-Ayat Cinta.

Thursday, March 25, 2010

Jigsaw Puzzle: Apa Kaitannya Dengan Anda?


"Anda pernah bermain jigsaw puzzle?" tanya beliau
"Ya.. Pernah.." saya menjawab.
"Kalau anda bermain puzzle, anda tengok gambar dulu atau susun dulu kepingan puzzle tu?"
"Tentula saya melihat dulu, baru susun"
"Sebenarnya, ada dua kaedah. Pertama, anda lihat dulu gambar kemudian susun. Kedua, anda susun dulu baru lihat gambar yang sebenarnya"

Friday, March 12, 2010

Kesilapan, Bukan Takdir Yang Berpenghujung


Assalamualaikum...

LA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN. ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM..
Bacaan taubat ini sering membuatkan saya mengalirkan air mata tatkala mengenangkan diri ini terlalu banyak berdosa kepada Allah, Rasul-Nya dan sesama makhluk. Sungguh berat dan terlalu membebankan untuk digalas sehingga diri merasakan tidak layak untuk diberikan peluang bernafas.

Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya. Namun, sekiranya telah nyata bahawa sesuatu ujian itu diturunkan kepada manusia, maka, hanya kesabaran, keimanan dan ketaqwaan yang perlu disemai. Lalu, ujian apa yang menimpa saya sehingga saya tidak sanggup berdepan dengan matahari, bulan, siang dan malam?

Friday, February 26, 2010

Rasulullah Dengan Sebiji Limau




"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.

D3000 DSLR untuk permulaan Nikon

 
Nikon D3000 sebagai permulaan mudah bagi pemula Nikon


Seorang rakan yang berminat dengan fotografi bertanya kepada saya, kamera DSLR mana yang sesuai digunakannya sebagai permulaan? Lalu, tanpa berfikir panjang, atau lebih panjang jadinya nanti, saya mengesyorkan D3000. Dan memang saya telah agak akan ditanya tentang keistimewaan D3000 ini. Maka, berikut adalah sedikit maklumat tentang D3000 kepada sesiapa yang ingin memilikinya.

Sekilas pandang, body Nikon D3000 ini mirip Nikon D5000 yang pernah menjadi pengganti D40/D60 sebagai DSLR untuk pemula Nikon. Apa yang membezakan D3000 dengan D5000 ialah  resolusi imej 10,2 MP bawaan D3000 yang menggunakan sensor CCD.

Sekalipun penggunaan Nikon D3000 nampak tidak jauh beza dengan Nikon D5000, namun sedikit pembaikan telah dilakukan pada Nikon D3000 yang pasti membawa kepuasan kepada pemula Nikon. Antaranya adalah terdapat 11 titik autofokus pada yang mana ianya hanya terdapat pada D40/D60. Ciri lain yang menarik tentang D3000 ini adalah 3D AF Tracking sebelumnya tidak terdapat pada D40.D60.

Selain itu, terdapat pelbagai ciri yang boleh membanggakan pengguna  permulaan Nikon bagi D3000. Antaranya adalah

    
* Sistem pengolahan gambar EXPEED
    
* Scene Recognition System
    
* Active D-Lighting
    
* 11-titik sistem AF Multi-CAM 1000 autofokus sensor module
    
* 3.0-in. Monitor LCD
    
* Picture Control System
    
* Pengedit foto dalam kamera
    
* Sistem Pengurangan Debu Nikon
    
* Superb lensa NIKKOR

 
Harga bagi Nikon ini lebih kurang harga D60 dan beberapa ciri telah dihilangkan untuk menjadikannya lebih murah. Apa yang menarik tentang Nikon D3000 ini, pengguna tidak perlu merujuk buku panduan untuk mengetahui cara penggunaanya. Malah, pengguna boleh merujuknya melalui LCD layarnya. Agak mudah pagi pemula Nikon untuk mengendalikan D3000 dengan baik.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang ciri-ciri lain yang disediakan oleh Nikon D3000, sila rujuk link ini:  My Nikon




Thursday, February 25, 2010

Bila Kan Ku Milikinya?


Tidak lengkap memuji gambar sekiranya tidak memiliki sebuah kamera DSLR. Sebut sahaja DSLR, mesti terbayangkan sebuah kamera yang berkuali tinggi jenama Canon atau Nikon. Sebelum ini, memang di hadapan, belakang, kanan atau kiri pendengaran saya, DSLR agak ganjil dan jarang didengari. Menyebutnya pun kadang-kadang salah.

Assalamualaikum

          Alhamdulillah.. Terhasil juga blog yang tidak seberapa indah ini. Sem ini, dengan rendah dirinya, saya mencipta blog yang bertemakan fotografi. Walaupun pengamalaman saya terhadap fotografi sedikit cuma, namun, sebagai permulaan, di sinilah ianya bermula.

          Selain kecenderungan terhadap minat yang baru bercambah ini, saya lebih suka mendekatkan diri dalam dunia dakwah. Meskipun ilmu sangat-sangat sedikit, namun segala perkongsian dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pengunjung blog ini.

         Saya sukakan sesuatu yang simple yang memudahkan pemyampaian mesej kepada orang ramai. Justeru, hitam putih adalah warna tema saya. Hitam putih juga adalah warna di mana kita bermula dan berakhir. Salam Mujahadah buat semua pengunjung blog ini.

 

Monday, February 15, 2010

Open Our eyes





Seorang freelance itu dilahirkan dengan sebuah bakat yang pandai menilai objek dengan sesuatu yang sukar ditakrifkan. Dia juga menjadi kagum dengan objek yang difokuskannya. Golongan-golongan seperti ini hatinya lebih dekat kepada Allah kerana mereka menghargai kecantikan setiap benda di sekelilingnya. Setiap sesuatu kejadian, kita akan berfikir tentangnya.