Sunday, March 28, 2010

Football Bukan Sekadar Sepak Bola


          Siapa kata kaum wanita tidak perlu tahu tentang permainan bola sepak? Sekiranya anda berdakwah, inilah stratergi manarik yang boleh anda gunakan. Bukan itu sahaja, sekiranya anda adalah orang yang berkerjaya satu hari nanti, pendekatan ini juga boleh membantu anda dalam mencapai matlamat yang diinginkan. Sila baca perbualan di bawah.


          "Kenapa anda tidak jadi public speaker seperti Bro Yusry, Bro Shah atau yang lain-lain? 

         "Hmm.. Anda suka tengok bola?" tanya 'beliau'.
         
          "Biasa je.. Kadang-kadang tengok, kadang-kadang tak" jawab saya.
         
          "Bila kita main bola sepak, tak boleh 11 pemain perlu kejar bola sekaligus. Masing-masing perlu mainkan peranan mengikut bakat. Ada yang jadi goalkeeper, striker, defender etc. Malah, peranan coach dan manager juga sangat penting!" Kata 'beliau' dengan panjang lebar.

          "Tapi, bukankah setiap pemain mengejar satu matlamat yang sama? Pemain-pemain bola tu mesti inginkan bola tu ke tiang gol melalui sepakan kaki mereka kerana hanya pemain yang menggol bola terbanyak sahaja yang dikira pemain hebat" balas saya yang sememangnya tidak memahami permainan ini.

            Saya yakin, bukan sahaja 'beliau' yang menidakkan perkara ini. Malah, kaum lelaki yang minat dan faham strategi permainan ini akan berkata 'tidak'. Mestilah, mana mungkin semua pemain akan berusaha untuk mengejar satu bola yang sedang terbang entah kemana itu. Pemain perlu menjaga bahagian masing-masing kerana musuh sedang mengawasi kita.

            "Matlamat utama bola sepak adalah untuk outnumber bilangan gol pihak lawan. Dengan cara itu mereka akan menang. Dalam dakwah juga begitu. Kalau kita anggap public speaker adalah striker, kita tak boleh ada semua orang pun jadi strikers. Siapa mahu jaga gol? Kita tak akan menang kalau semua orang pun jadi strikers. Kalau semua pendakwah jadi public speakers saya tak fikir dari segi strategiknya, ia baik"

          "Oh..begitu. I got it" saya mengangguk tanda setuju.

           Adakah anda memahami maksud perbualan ini? Saya tidak mahu mengulas panjang kerana anda adalah orang bijak pandai yang boleh memahaminya dengan mudah. Saya juga tidak mengatakan bahawa kaum perempuan perlu menonton bola sepak kerana saya tahu, itulah permainan yang paling bosan. Tapi, ketahuilah, hakikat permainan strategi ini sangat bernilai andai anda praktikkan dalam kehidupan.

          Inilah contoh paling dekat untuk menggambarkan kehidupan anda dalam mencapai sesuatu matlamat. (Kerana saya hanya didedahkan dengan contoh ini sahaja oleh 'beliau'). Walaupun saya sebenarnya tidak faham secara jelas bola sepak ini, tapi saya tahu pemain bola sepak sendiri serabut kepala bila nak susun strategi baru dalam setiap perlawanan..hehe..

          Kesimpulannya, letaklah lebih daripada satu bola di atas padang ketika perlawanan berlangsung.. (Haha..gurau sahaja.. )

1 comments:

Ridhwan said...

Salam..jadilah my follower..
dekat blog baru...
blog lama dah xguna...
corrupt le...
http:angah-wasim.blogspot.com
TQ...

Post a Comment