Thursday, March 25, 2010

Jigsaw Puzzle: Apa Kaitannya Dengan Anda?


"Anda pernah bermain jigsaw puzzle?" tanya beliau
"Ya.. Pernah.." saya menjawab.
"Kalau anda bermain puzzle, anda tengok gambar dulu atau susun dulu kepingan puzzle tu?"
"Tentula saya melihat dulu, baru susun"
"Sebenarnya, ada dua kaedah. Pertama, anda lihat dulu gambar kemudian susun. Kedua, anda susun dulu baru lihat gambar yang sebenarnya"



          Dialog di atas adalah antara perbualan yang telah saya bicangkan bersama pengerusi PERKIM AMPANG yang saya kira seorang yang agak hebat di mata saya. Sekiranya anda sedang bermain puzzle, cara mana yang akan anda gunakan dulu? Cara pertama atau kedua?

" Sekiranya saya menggunakan cara kedua, umpama seorang musafir yang diberikan skrol peta destinasinya, tetapi dia tidak menggunakan peta itu" saya menjawab pantas.
"Wah.. Dasyat.. Dasyat" balas beliau

          Pada pendapat anda, adakah ini perumpamaan yang sesuai untuk membandingkan permainan jigsaw puzzle dengan seorang yang sedang bermusafir? Atau anda mempunyai pendapat sendiri tentang permainan puzzle ini? Letakkan sahaja diri anda di situasi ini.

[Anda sedang bermain jigsaw puzzle. Tanpa melihat kepada bentuk yang disediakan pada kotak puzzle, anda menyusun kepingan puzzle itu. Apa yang berlaku? Anda tidak akan jumpa gambar hidung, mata, tangan, telinga untuk anda mengenalpasti apakah gambar sebenarnya. Malah, anda hanya mendapati, kepingan-kepingan puzzle yang pelbagai warna. Sekali lihat, umpama warna cat yang ditumpahkan ke atas kepingan itu kerana anda tidak mengetahui bentuknya. Maka, apa tindakan anda?]

          Berbalik kepada isu ini, saya ingin bandingkan permainan jigsaw puzzle ini dengan strategi dakwah Islam. Cara kedua sama sekali tidak boleh digunakan dalam mempraktikkan dakwah. Mana mungkin seorang panglima perang akan melihat kepada musuh dulu sebelum melihat kekuatan tenteranya. Mana mungkin seorang penulis akan meneruskan ceritanya sekiranya tiada gambaran idea di kepalanya. Mana mungkin seorang pendakwah menyampaikan dakwahnya sekiranya lembaran Al-Quran itu tidak dirujuk.

          Kerana khuatir gambar rusa disangkakan ayam. Gambar kucing disangkakan burung. Gambar gajah disangkakan harimau. Gambar Shikin disangkakan Farhana. ( haha~)

          Hehe.. Saya melihat perbincangan begini sangat menarik. Bolehkah anda menggunakan teknik bermain sebarang game seperti chess, domino atau apa sahaja sebagai teknik perjalanan hidup anda? Permainan strategi ini sangat berkesan untuk dipraktikkan dalam usaha mencapai misi dan visi hidup anda. Tidak percaya? Cubalah dulu.. (^_^)

2 comments:

Che' Mat said...

tapi kalau jigsaw tu muke awk,kompem sy bole pasang sebab dah dkt 4 taun sy tgk mke awk :P

NurAsh said...

haha~ anda memang hebat..sy tak pasti berapa byk 4 tahun yg anda maksudkan itu.. kerana, sy mengenali anda hnya 2 tahun setengah.. anda memang hebatttt!! :D

Post a Comment