Friday, March 12, 2010

Kesilapan, Bukan Takdir Yang Berpenghujung


Assalamualaikum...

LA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOLIMIN. ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM..
Bacaan taubat ini sering membuatkan saya mengalirkan air mata tatkala mengenangkan diri ini terlalu banyak berdosa kepada Allah, Rasul-Nya dan sesama makhluk. Sungguh berat dan terlalu membebankan untuk digalas sehingga diri merasakan tidak layak untuk diberikan peluang bernafas.

Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuan hambanya. Namun, sekiranya telah nyata bahawa sesuatu ujian itu diturunkan kepada manusia, maka, hanya kesabaran, keimanan dan ketaqwaan yang perlu disemai. Lalu, ujian apa yang menimpa saya sehingga saya tidak sanggup berdepan dengan matahari, bulan, siang dan malam?

Ternyata, ujian Allah bukan sahaja berbentuk ujian jasmani, rohani, harta dan pangkat. Di mana kelemahan kita, maka di situlah kita akan diuji. Satu kesilapan yang kita lakukan dalam kehidupan merupakan satu ujian dan teguran dari Allah. Saya teringat satu kisah Al-Quran dalam surah 'Abasa.

1)Ia memasamkan muka dan berpaling.
2) Kerana ia didatangi orang buta.
3) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu
4) ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
5) Adapun orang yang merasa keadaanya telah cukup, tidak lagi berhajat (kepada ajaran Al-Quran) 6)Maka engkau bersungguk-sungguh melayaninya.
7) Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). 8)Adapun orang yang segera datang kepadamu,
9) Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah, 10) Maka engkau berlengah-lengah melayaninya.
11) Janganlah melaukuannya lagi yang demikian itu! sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi) 12) Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.

Teguran dari Allah kepada baginda ini disampaikan melalui wahyuNya. Lalu dikisahkan dalam Al-Quran sebagai panduan umat Islam. Namun, manusia biasa seperti saya, yang seringakali melakukan kesilapan, teguran Allah ini datang melalui kesan perlakuan kita. Tidak ada wahyu akan diturunkan, namun kita harus sedar akan hikmah sesuatu perkara ini. 

Kadang-kadang bila hati diluar keyakinan terhadap keadilan Allah, kita sering mempertikaikan taqdir. Adakah ini yang ditaqdirkan Allah untuk kita? Kenapa mesti kita yang mengalaminya. Kenapa bukan dia? Inilah persoalan yang timbul bila hati dibimbing syaitan. Nauzubillah. Beginilah saya bila kesedihan menimpa diri. Namun, keadilan Allah itu adalah HAQ! Dia tidak menaqdirkan sesuatu tanpa sebarang sebab dan musabab yang munasabah.

Ketika mana saya melihat kesilapan yang telah saya lakukan terlalu besar, umpama tiada lorong-lorong bercahaya yang boleh mengubah kembali kesilapan lalu. Bila ditoleh kebelakang, tangan tidak mampu memutarkan kembali masa, bila pandang ke hadapan, mata tidak melihat cahaya itu, bila memandang ke bawah, hati merintih tidak mahu berpijak atas kenyataan ini, dan bila mendongak ke atas, hati hanya mampu kembali kepada Allah.

Apakah Allah telah menaqdirkan kesalahan ini terhadap saya? Astagfirullahal 'Azim... fikiran nakal ini sering singgah ke segenap ruang hati ini bila bertemu jalan buntu. Syed Sabiq di dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: “Imam Al-Khathabi telah berkata: ‘Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..’ Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu.”

Dengan penuh keinsafan, kesalahan yang telah saya lakukan adalah pilihan hamba itu sendiri. Kesan yang dialami adalah sebagai pengajaran kepada diri sendiri dan orang lain. Teguran dari Allah itu dapat dilihat dari kesan kelakuan kita. Seringkali kita berputus asa dengan apa yang berlaku dalam kehidupan ini. 

 everytime you feel like you cannot go on,
you so lost that your so alone
all you see is night
and darkness all around
you fell so helpless
you can't see which way to go
dont despair and never lost hope
couse Allah is always by you side
InsyaAllah, you'll find your way...

Tidak ada manusia beriman yang mampu mengatasi kesilapannya tanpa kembali kepada Allah. Tidak ada manusia yang redha akan kesilapan dirinya andai dia tidak kembali kepada Allah. Subhanallah.. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan atas belas kasihan anda. Terima kasih tidak terhingga juga kepada pensyarah saya atas sokongan beliau.
"Jangan menangis sekalipun kamu pernah melakukan kesilapan. Sekiranya kamu menjadi seorang wartawan satu hari nanti, perkara-perkara ini akan sering berlaku kepada kamu. Kamu perlu sedikit kuat dan jangan jadi lemah. Tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan" 
Jazakumullahu khairan jaza'..



Artikel ini didedikasikan buat sahabat-sahabat tersayang saya: Nor Azliza Azizan, Asmawati Aziz Munir, Rabiatul Adawiah Kaab dan Nur Anisah Che Muhammed.

2 comments:

asma' mohd yusof said...

"Jangan menangis sekalipun kamu pernah melakukan kesilapan. Sekiranya kamu menjadi seorang wartawan satu hari nanti, perkara-perkara ini akan sering berlaku kepada kamu. Kamu perlu sedikit kuat dan jangan jadi lemah. Tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan"- em, suka... kata2 trmanis.

check n balance penting dlm hidup.
(snang ckap muhasabah...)
ps: kin, saje je sye gatal nk comment, nk balas knjungan ikin ke blog sye n_n tq

NurAsh said...

klu asma' perasan, kite kerap sangat masuk blog asma'..hehe.. kata2 tu en.zainol cakap masa tgh menangis kat belakang hari tu..huhu..anyway, thanks sgt asma'.. (^_^)

Post a Comment