Friday, May 21, 2010

Kisah buku di atas bantal

Sebuah buku bertajuk "Cuba Try Cinta: Islam" karya Abban Lo'baw di samping saya, amat menarik pada pembacaan saya. Saya tidak sedar langsung kandungannya sangat berguna dalam memotivasikan diri. Pada topik kedua kandungan buku ini, saya tiba-tiba teringat bagaimana kisah buku ini boleh berada di tangan saya.

Buku di atas bantal

Hari ke-3 pesta konvo, saya dan rakan-rakan  pulang lewat ke kolej. Sekitar jam satu pagi, kami semua dah sampai ke bilik masing-masing. Letih sangat, tak terkata. Selesai solat, saya ingin berbaring. Pada waktu itu saya terlihat sebuah buku berada di atas bantal saya. Pandangan saya beralih ke roomate saya di katil atas. Agak saya, mungkin dia membaca buku di atas katil saya. Saya meletakkan buku tersebut di sebelahnya dan terus tidur. Letih!! Handphone saya yang berbip dari jam 12 a.m. hingga saat nak lelapkan mata, saya abaikan.

Hari esok, adalah hari yang saya tunggu-tunggu selama hampir dua bulan sy menantikan ketibaan buku The Art of War Sun Zu dari seorang kawan yang saya tempah melaluinya. Hari tersebut juga merupakan hari ulang tahun saya. Tarikhnya cukup indah kerana pada saat itu saya telah menghitung-hitung keistimewaan hari tersebut. Selama hampir tiga bulan team kami merencanakan program Pesta Konvokesyen ke-7 USIM (C-Fest'7), saya tidak sabar menantinya.

Kekecewaan dan kekecewaan

Sabtu, 1 Ogos, hari ke-4 C-Fest'7, saya akan menerima buku yang telah lama saya impikan dan pada hari ini, saya akan berjumpa dengan rakan-rakan juga merupakan tetamu istimewa C-Fest'7 yang selama ini saya hubungi di Facebook! Ntah kenapa, seawal pagi Sabtu, demam mula menyerang. Ya, letih menguruskan program universiti yang besar ni. Saya tidak dapat menyambut tetamu-tetamu pertama saya pada awal pagi yang saya jemput khas dari Animator Artworks kerana kurang sihat. Perkara pertama yang undang kecewa saya.
Konsert MISI'09 akan berlansung pada malam ini. Para artis jemputan akan tiba petang itu. Beberapa kali saya yang bertugas sebagai DJ ketika itu menghebahkan akan majlis hebat itu. Saya juga menganggap konsert pada malam itu merupakan sebahagian hadiah hari lahir saya kerana ada sedikit usaha saya dalam konsert itu yang mampu saya banggakan. Berjayanya konsert MISI, maka, itulah hadiah kedua saya.

Waktu ketibaan artis, memang kalut! Saya lihat pengarah konsert berpeluh-peluh. Saya masih mengendalikan tugas saya sebagai seorang DJ. Sesekali saya berada di khemah kartunis-kartunis untuk berbual bersama mereka sehingga maghrib. Teman saya juga yang merupakan salah seorang artis jemputan yang akan membuat persembahan pada konsert MISI telah menjanjikan buku The Art of War tempoh hari menemui saya pada petang itu untuk menyerahkannya. Hadiah pertama saya!! Sebuah buku!! Saya gembira tak terkata. Sebuah buku saya peluk erat dihadapan kartunis-kartunis yang baru saya kenali itu.

Saya berehat di surau pada waktu maghrib. Buku The Art of War bertukar tangan di kalangan rakan-rakan sepasukan. Mana tidaknya, ada singnature ramai artis dalam buku tu. Sengaja saya minta buku itu ditandatangani untuk kenangan saya. Saya berwudhuk dan bersolat. Selesai solat, saya bersiap. Buku tadi yang seingat saya, saya letakknya di atas beg. Tapi, sekarang ia dah tiada! Saya mencari di sekeliling beg, bertanya pada rakan-rakan yang ada melihat-lihat buku tadi, dan mencari di kawasan pengunjung surau yang lain. Tiada! Memang TIADA!! Kekecewaan kedua saya.

Hampa hati saya. Saya menikmati konsert dengan dengan mood yang kecewa pada malam itu. Buku yang nantikan sekian lama untuk dibaca, hanya menjadi milik saya tidak sampai setengah jam. Walaupun konsert sangat berjaya dengan sejaya-jayanya, ianya langsung tidak menggembirakan saya. Saya pulang ke kolej sekitar jam satu pagi. Amat letih. Roomate saya telah lama lelap. Sekali lagi, saya lihat buku semalam masih berada di atas bantal saya. Pelik! Roomate saya ni terlalu cuai bila membaca! Saya tak larat nak membelek-belek buku tersebut. Badan terasa rindu tilam dan bantal. Saya mengalihkan buku tersebut ke meja belajar saya dan terus melelapkan mata.

Ianya sebuah hadiah berharga!

Hari ke-5  C-Fest'7, seawal pagi ahad, saya telah bertolak ke stadium di mana berlangsungnya majlis C-Fest'7. Setelah meronda dari satu gerai ke satu gerai, untuk memantau keadaan kanopi supaya berada dalam keadaan baik, saya segera melangkah ke arah stadium. (Masa tu, memang famous siapa jadi AJK Gerai dan Pameran. Dapat makan secara percuma lagi tu. Tambah lagi jadi DJ. Penggerai yang nak komersilakan produknya melalui juruhebah akan bagi makanan percuma sebagai bukti produknya sedap. (^_^) hehe.. )  Saya bergerak pantas ke stadium untuk mencari buku The Art of War yang hilang pada malam berlangsungnya konsert. 

Habis satu stadium saya pusing, namun tak juga temui. Sedih dengan kehilangan buku tersebut, lalu, saya membebel-bebel di corong radio C-Fest'7 bersama rakan setugas saya. Bercakap perkara yang menghiburkan orang lain mampu mengubat diri sendiri yang kesedihan. 

Sekali lagi, saya pulang lewat ke kolej pada hari akhir pesta konvo. Kali ini saya memang penat tak terkata. Kami pulang hampir jam dua pagi selepas selesai mengemas peralatan-peralatan kanopi. Sudah la penat, kena tahan dengan Pak Guard pula kat depan pagar kolej. Kena soal macam-macam. Saya pula lupa nak membawa kad matrik pelajar, makin panjang la ceritanya. Tak lama lepas tu, kami masuk la juga. Dah malam kan..

Sampai dalam bilik, saya rebah. Buku yang sama masih di atas katil saya! Kali ini bukan di atas bantal, tapi di tepi bantal. Geram saya dengan roomate pada waktu tu.  Sudah membaca tapi tidak menyimpan buku sendiri dengan baik! Saya meletakkannya di atas meja dan tidur. 

Esok paginya, saya bersiap ke kampus. Roomate saya awal pagi lagi telah bergerak ke kuliyah. Hari ini, tidak bertembung langsung dengannya di kampus. Seharian di kampus, hanya memikirkan bantal dan tilam sahaja. Itupun masih juga ada kelas yang perlu diponteng kerana beberapa urusan yang tidak selesai lagi. 

Petang Isnin itu, saya pulang ke kolej. Berbaring di atas katil. Roomate saya masuk dan memandang saya. Dah lama tak berbual dengannya kerana kesibukan saya. Saya menyapanya dan senyum kepadanya. Mukanya sayu dan keruh. Tangannya memegang sebuah buku. "Kenapa tak terima buku ni?" tanyanya.

Saya bangun terpinga-pinga. 

"Kita hadiahkan buku ni kat Ekin. Sampai hati Ekin tak terima. Bacalah apa yang kita tulis kat dalam buku tu," ujarnya. 

Saya menepuk dahi beberapa kali. Ya Allah. Buku yang berada di atas bantal itu untuk saya rupanya. Wajah roomate saya saya tenung dalam-dalam. Saya terharu. Hampir nak  menangis saya waktu itu. Sudah beberapa hari saya mengabaikan kewujudan buku tersebut. Pada hari saya kehilangan buku yang saya impikan, datang pula pengganti yang baru. Bertapa besarnya rahsia rezeki Allah itu. Siapa yang mampu jelaskan bila ia akan ditarik dan bila ia akan diberi semula. Buku yang indah ini, setelah hampir 10 bulan, barulah saya berpeluang membaca buku ini dengan tenang. 

Maaf kerana tidak membacanya pada awal kau memberikannya padaku dulu. Kerana hatiku masih menginginkan buku yang hilang pada waktu itu. Bukan buku sahaja yang saya terlepas pandang, malah, mesej-mesej ucapan hari lahir yang saya terima dari rakan-rakan turut tak terbaca kerana sibuk yang amat sangat. (hehe..maaf, tak disengajakan) Tapi sekarang ianya adalah buku terbaik yang lebih baik dari sepuluh buku Art of War!!(^_^)



0 comments:

Post a Comment