Thursday, February 25, 2010

Bila Kan Ku Milikinya?


Tidak lengkap memuji gambar sekiranya tidak memiliki sebuah kamera DSLR. Sebut sahaja DSLR, mesti terbayangkan sebuah kamera yang berkuali tinggi jenama Canon atau Nikon. Sebelum ini, memang di hadapan, belakang, kanan atau kiri pendengaran saya, DSLR agak ganjil dan jarang didengari. Menyebutnya pun kadang-kadang salah.


Namun, sejak pembabitan saya menjadi seorang wartawan yang masih di bawah pengawasan pensyarah-pensyarah komunikasi, istilah ini makin kerap singgah di fikiran saya? Malah, saya mula berjinak-jinak dengan kamera yang garang ini. Hehe..

Nikon D90 pernah menjadi tarikan saya ketika berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Apa yang menarik dengan Nikon D90 ni? Yang pertama, sudah pasti kualiti imejnya yang mampu mengalahkan kamera digital biasa yang berada di pasaran sekarang. Yang kedua adalah harganya! Harganya yang mencecah 5k, boleh membuatkan jantung saya sedikit teralih dari kedudukan asal. Berikut adalah gajet sampingan bersama Nikon D90:
  • Nikon D90
  • Lens AF-S DX Nikkor 18-105mm f/3.5-5.6G ED VR
  • Nikon 4GB memory card
  • Nikon extra battery
  • Cleaning kit
  • Filter
  • Screen protector
  • Winer Backpack
Bersama item-item ini, sudah cukup memuaskan pengguna yang ingin mendapatkan kualiti gambar yang baik. Walaupun harganya mahal, saya pasti, hasilnya amat memberangsangkan. Sungguhpun begitu, harga ini masih di luar kemampuan saya.  Hehe..

1 comments:

Zainol said...

post yang ini lebih menarik kalau disertakan beberapa keping lagi gambar yang ditangkap menggunakan DSLR ini...

Post a Comment