Saturday, April 3, 2010

Tolak 50% kebencian, Tambah 50% kasih sayang!

    

JANGAN BENCI RAKAN ANDA! SAYA MOHON, JANGAN BENCI RAKAN ANDA!

Sebulan pertama, kita rasa dialah orang yang paling memahami kita. Dialah sahabat yang bakal kita layar pahit manis bersama. Dialah segalanya yang mampu bahagiakan kita sepanjang jam kehidupan ini berdetik.

Sebulan pertama, kita meletakkan satu perasaan tidak senang padanya. Kita dengar orang sedang mengatakan sesuatu yang tidak baik tentangnya, dan kita rasakan dialah rakan yang sangat bertentangan dengan kita.



Beginilah situasi yang sering kita alami dalam proses ukhwah baru akan dibina terutamanya di alam universiti yang kita sendiri tidak kenal siapa dia, bagaimana, dan macam mana si dia ni! Amat sukar sekali untuk memahami seseorang setelah kita berada bersamanya dalam tempoh yang lama. Tetapi, kenapa anda begitu bersemangat mengorak langkah bersama si dia walaupun pada pertemuan pertama?

Saya pasti anda juga begitu. Kadang kala kita cukup yakin bahawa kita boleh seiring dengannya dalam setiap perkara. Malah, cepat sungguh membina 'gang' kecil dalam termpoh terdekat. Ada juga yang sebulat kaki, otak tangan dan sebagainya yang menolak seseorang itu dengan mengatakan bahawa dia tidak dapat serasi bersama. Padahal itu adalah persepsi pertama.

Jangan pentingkan diri sendiri dan jangan murahkan diri sendiri dengan meletakkan sepenuh kepercayaan pada seseorang!!

Selepas berakhirnya sem dua, nama saya tericir dari kelompok fakulti untuk berada duduk sekali dalam satu rumah bersama rakan-rakan kelas yang lain. Sedih!! Saya dicampurkan dengan pelajar-pelajar luar fakulti dalam satu rumah. Di sini saya telah mendapat roommate baru. Sebelum ini saya dapat tahu, sepanjang empat tahun di sini, dia tidak pernah serasi dengan semua roommatenya. Saya mendengar pelbagai cerita tidak enak tentangnya dari orang lain. Tapi, disebabkan saya tidak mengenalinya, saya terima dirinya seadanya. Satu sem bersamanya memang merupakan sem yang sangat bahagia. Saya gembira kerana orang lain tidak dapat keseronokan satu bilik bersamanya kerana sayalah orang pertama yang dia sayang sebagai seorang rakan yang boleh dianggap sebagai saudaranya. Syukur, mereka yang tidak mengenali dan menabur benci padanya, walhal dia adalah seorang yang penuh dengan kasih sayang dan baik hati. Saya amat mencintai sahabat ini! 

Sungguhpun begitu, ada satu detik yang pasti menguji kesabaran kita. Pasti ada! Kekadang kebenaran kata-kata yang wujud di persekitaran mempengaruhi diri sendiri bila perkara yang tidak diingini berlaku pada kita. Demi Allah, kembalilah pada kebaikan sahabat ini! Jangan membencinya. Kerana sedetik kemudiaannya, kita masih memerlukannya. Saya bukan mengatakan tanpa berfikir. Tetapi, perkara ini berlaku pada saya.

" Lain orang, lain rasanya!"
" Macamlah dia kenal orang yang kita benci sampai dia nak kata begini"
" Kau tak tahu apa yang aku alami, jangan sesedap rasa!"
" Mind your own business!"
Isk,isk,isk... Sungguh, saya memang tidak berada di tempat kalian. Masing-masing mempunyai pengalaman yang sukar di lupakan dalam mengenali erti persahabatan yang selalu ditakrifkan dengan kejujuran, kesetian, pengorbanan dan sebagainya. Saya tidak merasai semua itu di sini! Malah, pengalaman kemusnahan erti persahabatn yang tidak kurang hebatnya  pernah saya alaminya. Amat sukar dan sangat-sangat sukar untuk memijak bumi Allah.

Tapi rakan-rakan semua, tolaklah kebencian itu. Kebencian itu akan memakan diri. Adakah anda bahagia dengan tersematnya perasaan benci dalam diri? Saya tidak. Adakah anda berasa akan menyakiti dia dengan kebencian itu? Saya rasa tidak! Adakah anda rasa puas hati dengan kebencian itu? Saya tetap merasakan tidak! Adakah anda rasa berdosa dengan kekeruhan persaudaraan itu? Demi Allah, saya takut akan terputusnya ukhwah Islam antara satu sama lain!

Contohilah akhlak Rasulullah. Baginda juga mempunyai ramai sahabat. Sekalipun ada segelintir sahabat yang ingkar suruhannya terutama sekali dalam peperangan, baginda sama sekali tidak membenci mereka. Ini kerana tiada permusuhan dalam Islam. Apakah kebencian yang anda alami seteruk apa yang di alami oleh Rasulullah sehingga berlaku kekalahan yang maha hebat dalam peperangan yang dipimpinnya satu ketika dulu? Sehingga sejarahnya dicatat dalam Al-Quran. Persabatan anda menjejaskan ekonomi negara ke? Adakah ia menjejaskan politik negara? Atau ia menjejaskan bangsa, agama dan negara?

Apa salahnya sekiranya kita membuka hati kita luas-luas. Memaafkan adalah satu perkara yang dituntut. Sekiranya anda merasakan anda perlu marah dengan perbuatannya, maka marahlah. Saya lebih suka mengamalkan konsep "Open-minded dan Face to Face" dalam sesebuah persahabatan. Biarlah terhapus kebencian itu kerana tidak akan ada yang membenci anda selepas itu. Malah, anda akan memperoleh kasih sayang berganda dari orang lain. Bukankah Islam itu bersaudara.









p/s: Ada sesetengah orang juga yang memang saya rasakan dia tidak perlu di maafkan. Kerana, dosanya yang menyakiti dan menzalimi saudaranya. Saudara begini telah dicatat dalam al-Quran yang telah diumpamakan seperti 'memakan daging saudaranya sendiri'. Mana yang boleh di maafkan, maafkanlah.. Mana yang tidak, maka, berdoalah kepada Allah semoga dia berubah satu saat nanti kerana doa seorang sahabat itu dimakbulkan Allah. Ameen..
~:.' NurAsh'.:~ 

1 comments:

Anonymous said...

salam....pagi


betul...lebihkan la kasih sayang...yg jauh didekatkan..

Post a Comment